PTC-PPPB2025/26060 Yap Therapy (003213055-P)
Bahasa:
YAP THERAPY
Telus • Mampu Milik • Tiada Caj Tersembunyi

Senarai Harga Rawatan Rasmi

Di Yap Therapy, kami percaya kepada ketelusan 100%. Anda membayar mengikut sesi rawatan tanpa sebarang ikatan pakej atau kos tambahan yang tidak perlu.

Terapi Tradisional

拔罐 (Bekam Angin)

Cupping Therapy

RM60 / sesi
  • Bekam angin / luncur / kilat
  • Mengeluarkan angin berlebihan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melegakan ketegangan bahu & belakang
Pelepasan Fascia

刮痧 (Guasa)

Scraping Therapy

RM60 / sesi
  • Mengikis lembut permukaan kulit
  • Memecahkan ketegangan fascia otot
  • Menguraikan asid laktik yang terkumpul
  • Sesuai untuk tengkuk kaku & sengal
Kecederaan Sendi

跌打 (Terseliuh Sendi)

Joint Sprains & Ligament Care

RM60 / sesi (10 - 20 minit)
  • Rawatan terseliuh buku lali (ankle sprain)
  • Terseliuh pergelangan tangan
  • Masalah sendi jari tangan & kaki
  • Tempoh rawatan 10-20 minit per sesi
Paling Lengkap & Disyorkan
Rawatan Komprehensif

推拿综合治疗

Tuina & Spinal Alignment

RM100 / sesi (20 - 50 minit)
  • Termasuk Alignment Tulang Belakang
  • Selesaikan Upper Back ATAU Lower Back
  • Menggabungkan Shockwave / Tuina / Bekam / Guasa / Elektroterapi mengikut keperluan pesakit
  • Sesuai untuk Saraf Tersepit & Slip Disc

Panduan Sesi Rawatan & Kekerapan (Session Guidelines)

Pesakit Peringkat Awal / Sakit Baru

Bagi sakit yang baru dialami dalam tempoh beberapa minggu atau bulan, biasanya disyorkan menjalani 1 hingga 3 kali rawatan untuk pemulihan dan penstabilan sendi serta otot.

Pesakit Kronik (Sakit Melebihi 1 Tahun)

Bagi masalah seperti slip disc kronik, saraf tersepit lama, atau sendi yang telah bertahun-tahun meradang, memerlukan rawatan lebih daripada 3 kali bagi membolehkan tisu dan vertebra pulih secara beransur-ansur.

PENTING: Sesi RM100 memberi fokus mendalam kepada satu zon kritikal — sama ada Upper Back (leher, bahu, dada, tulang belikat) atau Lower Back (pinggang, pelvis, saraf sciatica) dalam setiap sesi, bukan rawatan rambang satu badan. Ini memastikan masa 20-50 minit digunakan sepenuhnya untuk merawat punca sebenar kesakitan.

Etika Temujanji (Strict Appointment Policy)

Sila hadir 5 minit lebih awal daripada masa yang dipersetujui. Kelewatan melebihi 15 minit akan menyebabkan slot anda terbatal secara automatik demi menjaga hak pesakit lain yang telah menunggu.

Waktu Operasi: Ahad - Jumaat (10:00 AM - 5:00 PM) | Sabtu Tutup

Panggil